DASAR PRIVASI

 

1. MAKLUMAT UNDANG-UNDANG

 

Versi terkini Dasar Privasi ("Dasar Privasi" ini) telah dikemas kini dan berkuatkuasa pada 25hb May 2018. 

 

1.1 Privasi Maklumat Peribadi anda amat penting bagi pihak kami. Dasar Privasi ini meliputi dan telah direka untuk membantu anda memahami bagaimana maklumat yang kami terima tentang atau dari anda diproses, bagaimana ia digunakan pihak kami, bagaimana kami kongsikan ia bersama pihak lain, bagaimana kami menguruskan maklumat yang kami pegang dan bagaimana anda boleh menghubungi kami.

 

1.2 Pirelli Tyre S.p.A, bersama pejabat yang didaftarkan di Viale Piero e Alberto Pirelli 25, 20126 Milan, Italy, Fiscal Code, VAT dan Milan Business Registry Enrolment n. 07211330159 (selanjutnya dikenali sebagai "Pirelli", "kami", "kita" atau apa sahaja yang bersesuaian) akan bertindak sebagai "Pengawal" Data Peribadi anda atas dasar yang terdapat di Seksyen 3.

 

2. PENGUMPULAN MAKLUMAT

 

2.1 Kami mengumpul maklumat peribadi, dimana undang-undang perlindungan data berkuatkuasa, terutamanya Regulation EU 679/2016 European Parliament Council 27 April 2016, atas perlindungan orang semulajadi mengenai proses data peribadi dan pergerakan bebas data sebegitu (atau dikenali sebagai "GDPR"), termasuk maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda, termasuk - dan tidak terhad kepada - nama pertama dan akhir anda, alamat, ZIP/poskod, bandar, negara, negeri, nombor telefon, email (selanjutnya dikenali sebagai "Data Peribadi").

 

Maklumat anda berikan kepada kami

 

2.2 Anda mungkin akan diminta untuk memberi kami beberapa Data Peribadi tentang andadengan mengisi beberapa borang yang telah diterbitkan di laman web kami, dan/atau bila anda minta untuk dihubungi oleh pihak kami, dan/atau untuk pelbagai acara, untuk sebab-sebab terdapat di Seksyen 3. Data Peribadi diberi oleh anda termasuk nama, tarikh dan tempat kelahiran, alamat e-mel dan apa jua maklumat anda berikan ketika berinteraksi atau menghubungi kami.

 

2.3 Kami akan kumpulkan nama, maklumat untuk berhubung, alamat e-mel, alamat kediaman atau apa jua maklumat anda berikan bila berinteraksi bersama kami, membuat pertanyaan melalui laman web kami, hantar borang pendaftaran tayar, atau bila anda menghubungi kami.

 

Maklumat teknikal

 

2.4 Apabila melayari laman web kami, kami mungkin akan kumpulkan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti komputer anda dan program pelayar atau alat mudah alih yang anda gunakan untuk melayari internet. Ia dikumpul dengan memasang fail teks kecil dipanggil "Cookies" dan teknik teknologi maklumat serupa (yang dipanggil "Cookie" secara komprehensif dalam dokumen ini). Turut ditambah kepada fungsi lain, apabila anda melayari laman web kami lagi, Cookies yang disimpan sebelum ini mengizinkan kami untuk mengenali pelayar anda. Cookies akan menyimpan pengenal unik, pilihan pengguna, atau maklumat lain seperti diterangkan dalam Dasar Cookie. Untuk maklumat lain tentang Cookie kami gunakan, sila lihat bahagian 2.3. Bila anda layari laman-laman web kami, kami akan mengumpul maklumat yang boleh digunakan untuk mengenali komputer anda dan program pelayar atau alat mudah alih yang anda gunakan untuk melayari internet. Ia dilakukan melalui memasang fail teks kecil dipanggil "Cookies" dan teknik teknologi maklumat (yang dipanggil "Cookies" secara komprehensif dalam dokumen ini). Turut ditambah kepada fungsi lain, apabila anda melayari laman web kami lagi, Cookies yang disimpan sebelum ini membolehkan kami untuk mengenali pelayar anda. Cookies akan menyimpan pengenal unik, pilihan pengguna, atau maklumat lain seperti diterangkan dalam Dasar Cookie.

 

2.5 Untuk maklumat lain tentang Cookies kami gunakan, sila lihat Dasar Cookie kami.

 

3. KEGUNAAN DATA PERIBADI

 

3.1 Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi untuk sebab-sebab berikut:

 

(i) untuk izinkan anda berdaftar di laman web kami;

 

(ii) untuk membalas permintaan anda untuk bantuan;

 

(iii) untuk memberi anda maklumat yang telah anda mintakan, contohnya untuk produk terkini dan/atau perkhidmatan yang diberi oleh Pirelli;

 

(iv) untuk membenarkan anda untuk mengambil bahagian untuk aktiviti, acara, inisiatif atau pertandingan.

 

Proses Data Peribadi untuk Seksyen 3. adalah perlu untuk memenuhi permintaan anda maka ia tidak memerlukan persetujuan terlebih dahulu.

 

3.2 Pirelli mungkin akan menggunakan Data Peribadi untuk sebab-sebab pemasaran, seperti yang telah dicatat bawah Seksyen 7 dibawah, dan memerlukan persetujuan anda terlebih dahulu.

 

3.3 Peruntukan untuk Data Peribadi adalah secara sukarela tetapi perlu untuk sebab-sebab Seksyen 3 ini; jika anda tidak memberi kami Data Peribadi, tidak mungkin kami dapat melakukan aktiviti sebegitu.

 

4.  MENGONGSI DATA PERIBADI

 

4.1  Kami mungkin akan mengongsi Data Peribadi anda apabila dibenarkan oleh undang-undang atau sebab begini:

 

(a) Syarikat Pirelli Group: Data Peribadi anda mungkin akan dikongsi bersama Pirelli & C. S.p.A. dan/atau anak syarikat diperbadankan di Eropah.

 

(b)  Pihak Ketiga (Pembekal Perkhidmatan, Pembekal). Jika Data Peribadi anda disediakan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti, acara, inisiatif atau pertandingan, Data Peribadi anda mungkin akan diproses oleh pembekal perkhidmatan dan/atau pihak insurans yang telah dipilih oleh Pirelli. Pihak ketiga ini juga perlu memahami perjanjian kerahsiaan bersama kami dan sekatan undang-undang yang melarang mereka dari menggunakan maklumat diberi oleh pihak kami melainkan untuk melaksanakan operasi khusus, melainkan anda telah pun secara pasti bersetuju untuk memberi kebenaran kepada mereka untuk kegunaan tambahan. Kepercayaan ini, melainkan telah dinyata, adalah Proses Data Peribadi.

 

(c) Seperti dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang. Untuk sesetengah kes, kami mungkin perlu memberi Data Peribadi sebagai jawapan kepada arahan mahkamah yang sah, sepina, siasatan kerajaan, atau apa sahaja yang diperlukan oleh undang-undang. Kami juga berhak membuat laporan kepada agensi penguatkuasa tentang aktiviti-aktiviti yang kami, dengan niat baik, percayai adalah menyalahi atau melanggar undang-undang. Kami akan memberikan Data Peribadi tertentu yang kami percayai adalah perlu untuk mempertahankan hak, harta, dan keselamatan pihak lain dan kami, ataupun untuk mengesan, mengelak atau menangani penipuan, keselamatan atau isu-isu teknikal.

 

(d) Transaksi perniagaan. Jika kami berniat untuk menjual atau memindahkan pemilikan atau kawalan satu atau kesemua perniagaan kami, operasi atau perkhidmatan ke pihak ketiga, kami mungkin perlu mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembeli berpotensi sebelum dan selepas pembelian. Kami akan lakukannya dengan mengikut dan mematuhi undang-undang kawalan data. Walau bagaimanapun, jika penjualan dilakukan secara lancar, kami akan pastikan bahawa pihak penerima bersetuju mereka turut terikat dengan peruntukan Dasar Peribadi dan mereka hanya akan gunakan dan dedahkan Data Peribadi anda seperti mana kami turut berhak dengan Dasar Peribadi ini. Jika penjualan tidak menjadi, pihak kami akan memastikan pembeli berpotensi tidak gunakan atau dedahkan Data Peribadi anda dalam apa jua cara dan memadamkan sepenuhnya.

 

5. HAK KEPERIBADIAN ANDA

 

5.1 Anda mempunyai beberapa hak keperibadian mengikut undang-undang perlindungan data yang turut digunakan terhadap anda. Jika anda menetap di EU, menurut peruntukan GDPR anda mempunyai hak akses kepada data anda yang diproses oleh kami, memperbetulkan, mamadam, menghad/menyekat proses data anda yang boleh dilakukan oleh pihak kami, dan anda berhak ke atas kemudahan Data Peribadi anda dan berhak untuk diberitahu tentang sebarang pelanggaran data untuk keselamatan Data Peribadi yang mungkin merisikokan hak anda kepada kerahsiaan dan perlindungan data peribadi. Untuk melaksanakan hak anda boleh menghubungi kami melalui privacy.dept@pirelli.com. Anda juga boleh membuat aduan kepada penguatkuasa di negara anda, menurut undang-undang perlindungan data. Pihak kami mungkin tidak dapat menampung setiap permintaan berkaitan kepada maklumat jika dipercayai ini akan melanggar sebarang undang-undang atau kerperluan undang-undang, atau hak subjek-subjek data lain.

 

6. PENGEKALAN DATA PERIBADI

 

6.1  Kami akan kekalkan Data Peribadi anda untuk: (i) asalkan akaun anda masih aktif (jika terpakai); (ii) untuk jangka masa 1 (satu) tahun selepas kami berhubung, jika anda telah meminta maklumat dan/atau bantuan sahaja; (iii) untuk jangka masa wajib diminta undang-undang Eropah berkaitan dengan Data Peribadi dikumpulkan untuk aktiviti khusus, acara, inisiatif atau pertandingan; (iv) untuk tujuan pemasaran, untuk tempoh 2 (dua) tahun setelah berhubung dengan Pirelli, melainkan diminta oleh anda. Kami juga akan kekalkan Data Peribadi sebagai perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan hak kami (contoh: sebab pertahanan). Kami akan memadam Data Peribadi anda atas permintaan, jika dibernarkan, menurut undang-undang pertahanan data digunakan untuk anda.

 

7. KOMUNIKASI ELEKTRONIK KOMERSIAL

 

7.1  Pirelli dan syarikat kumpulan Pirelli yang diperbadankan di Eropah berhak untuk menghantar anda apa jua promosi e-mel (termasuk surat berita) dan cara komunikasi elektronik komersil lain-lain atas dasar peruntukan persetujuan anda terhadap aktiviti pemasaran. Anda boleh menghadkan komunikasi yang Pirelli hantar kepada anda. Untuk menolak e-mel komersial pada masa akan datang, jika dibenarkan, sila klik label "hentikan langganan" terdapat di bahagian bawah e-mel yang dihantar oleh Pirelli.

 

8. DI MANA KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA

 

8.1 Pirelli akan menyimpan Data Peribadi anda di sistem IT yang berpangkalan di Kesatuan Eropah.

 

9. DASAR PERIBADI PIHAK KETIGA

 

9.1 Dasar Peribadi ini hanya menangani penggunaan dan pendedahan maklumat oleh Pirelli. Pihak kami tidak bertanggung jawab ke atas dasar peribadi laman web lain atau aplikasi dan menggalakkan anda untuk membaca kesemua terma yang dikenakan, kondisi dan dasar peribadi yang disediakan oleh pihak ketiga sebelum memberi mereka maklumat anda.

 

11. KESELAMATAN DATA PERIBADI

 

11.1 Kami mempunyai protokol keselamatan yang telah ditetapkan untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses tanpa izin, penggunaan tidak wajar atau pendedahan, pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, dan kemusnahan yang menyalahi undang-undang dan kehilangan tidak sengaja. Kami cuma membenarkan akses kepada pangkalan data kami apabila perlu, dan mengikut garis panduan yang ketat tentang kegunaan data tersebut.

 

11.2 Adalah tanggungjawab anda untuk melindungi keselamatan maklumat log masuk anda, dan kami mengesyorkan anda untuk menggunakan kata laluan unik untuk laman web kami yang berlainan dari yang digunakan untuk laman-laman lain.

 

12. PERUBAHAN DASAR PERIBADI

 

12.1 Undang-undang peribadi dan amalan sentiasa membangun. Dasar dan prosedur kami juga sentiasa disemak. Dasar Peribadi kami akan diubah dari semasa ke semasa tetapi kami tidak akan mengurangkan hak anda di bawah Dasar Peribadi ini tanpa pengetahuan anda. Tarikh terakhir Dasar Peribadi ini diubah akan terletak di bahagian atas halaman.

 

13. CARA MENGHUBUNGI KAMI

 

13.1 Jika anda ada pertanyaan atau kebimbangan tentang Dasar Peribadi ini, atau mahu ulas, sunting Data Peribadi anda atau mahu kami padamkan Data Peribadi yang disimpan dalam pangkalan data yang kami kerap gunakan, sila hubungi: privacy.dept@pirelli.com.