MAKLUMAT UNDANG-UNDANG

SYARAT-SYARAT UNTUK KEGUNAAN

Lelaman Web Pirelli adalah perkhidmatan maklumat dan komunikasi yang disediakan oleh Pirelli & C. S.p.A. ("Pirelli"). Dengan menggunakan lelaman atau memuat turun bahan-bahan dari lelaman, anda bersetuju untuk mengikuti semua terma-terma yang telah disediakan dalam notis ini. Jika tidak setuju sila jangan gunakan atau memuat turun bahan-bahan dari lelaman.

KEGUNAAN TERHAD

Bahan-bahan Lelaman Web Pirelli adalah Hak Cipta 1995-2016 Pirelli & C. S.p.A. Semua hak terpelihara. Kesemua atau sebahagian kandungan Lelaman Web Pirelli tidak boleh disalin, diterbitkan semula, dipindahkan, dimuat naik, diterbitkan atau diedarkan tanpa kebenaran bertulis dari Pirelli, melainkan Pirelli telah membenarkan anda untuk menyimpan dalam komputer atau ekstrak salinan cetak dari lelaman ini untuk kegunaan peribadi anda sahaja.

Kecuali dinyatakan, tanda dagangan dan logo yang dipaparkan di Lelaman Web ini adalah milik PIRELLI atau sekutunya. Ia tidak boleh digunakan di Lelaman Web lain melainkan Lelaman Web Pirelli tanpa kebenaran bertulis dari Pirelli & C. S.p.A.. Nama Pirelli atau tanda dagangan termasuk tanda dagangan PIRELLI tidak boleh disatukan ke Alamat Internet tanpa kerbenaran bertulis dari Pirelli & C. S.p.A.

PENAFIAN

Maklumat Lelaman Web ini disediakan oleh Pirelli dan adalah tepat. Bagaimanapun, pihak yang ingin membeli barangan tidak harus bergantung padanya dan perlu membuat pertanyaan khusus berkaitan dengan sifat barangan tersebut dengan cara ia akan digunakan. Sewajarnya, kesemua maklumat di laman web ini diberikan tanpa sebarang waranti, atau terma-terma lain ke atas kualiti barangan, kesesuaian untuk apa jua tujuan yang berlanggaran dengan hak barangan intelektual dan kesemua jaminan tersirat, kondisi atau terma yang serupa adalah tidak dikecualikan. Pirelli tidak akan dalam apa jua keadaan akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan, perniagaan, kontrak atau muhibah atau tidak secara langsung kehilangan dari segi kewangan dari sebarang pihak, dari segi kontrak, kecuaian atau sewaktu dengannya.

Maklumat di Lelaman Web termasuk kesalahan teknikal atau tipografi. Maklumat akan diubah atau dikemaskini tanpa notis. Pirelli juga akan membuat pembaharuan dan/atau perubahan pada produk yang digambarkan di Lelaman Web tanpa notis.

PAUTAN

Pirelli tidak bertanggungjawab ke atas bahan-bahan dicipta atau diterbitkan oleh pihak ketiga yang dipaut oleh Lelaman Web Pirelli. Jika anda ingin melawat laman terpaut anda boleh lakukan di atas risiko anda sendiri dan adalah tanggungjawab anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang virus atau elemen-elemen merosakkan. Pautan tidak bermakna bahawa Pirelli menaja atau bersepakat dengan sebarang entiti dimana produk dan perkhidmatan adalah digambarkan dari situ.

MAKLUMAT DARI ANDA

Bahan-bahan yang dihantar ke Pirelli, contohnya melalui e-mail atau lelaman World Wide Web, adalah difahamkan tidak sulit. Pirelli tidak mempunyai sebarang kewajipan ke atas bahan-bahan tersebut dan Pirelli bebas untuk mencetak, menggunakan, mendedahkan, mengubah, membuat derivatif atau mengedarkan bahan-bahan ke pihak-pihak lain tanpa had. Lagi, Pirelli bebas untuk menggunakan sebarang idea, konsep, ketahuan atau teknik terdapat pada bahan-bahan untuk apa sahaja tujuan, termasuk dan tidak terhad kepada, membangunkan, membuat dan memasarkan produk-produk yang menggabungkan bahan-bahan tersebut. Anda bersetuju bahawa bahan-bahan tersebut boleh diterbit dan anda bersetuju untuk menafikan Pirelli jika ada pihak ketiga ingain menambil tindakan ke atas Pirelli berhubungan dengan bahan-bahan tersebut.

COOKIE

Cookie adalah (contoh: fail data kecil sesebuah laman Web akan hantar ke alamat anda apabila anda melawatinya) dan boleh ditempatkan di beberapa bahagian Lelaman kami, khususnya untuk menjejak corak trafik. Jika anda memilih untuk tidak mendapat cookie, anda boleh tetapkan browser untuk memberi amaran kepada anda sebelum menerima cookie dan enggan menerima apabila browser anda mengeluarkan makluman. Anda juga boleh menolak kesemua cookie dengan mematikan ia di browser anda.

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Jika terdapat pertikaian dari terma-terma dan syarat-syarat dan aktiviti dilindungi sebegitu Mahkamah Milan, Itali tidak akan mempunyai bidang kuasa eksklusif dan undang-undang Itali akan digunakan. Pirelli bagaimanapun mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang di negara-negara selain Itali, untuk melindungi minat atau menguatkuasakan hak apabila sesuai.